THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 3, 2010

Haiwan seperti gorila di Marikh???

Haiwan seperti gorila di Marikh



GAMBAR Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan yang dikaji oleh Nigel Cooper mendapati terdapat wajah seperti seekor gorila raksasa (dalam bulatan) di planet Marikh.



LONDON - Adakah terdapat seekor gorila raksasa berbulu kelabu di planet Marikh? 

Menurut sebuah akhbar semalam, beberapa peminat fanatik angkasa lepas mempunyai pendapat seperti itu selepas melihat gambar yang dihantar oleh sebuah robot kenderaan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dari Marikh ke bumi.

Seorang peminat angkasa lepas, Nigel Cooper yang mengkaji beribu-ribu gambar yang dirakamkan oleh sebuah robot milik NASA, telah mengemukakan pandangannya di Internet dan berkata: "Ia (gambar mirip gorila) seperti satu makhluk." 

Cooper yang berusia 43 tahun dari bandar Grimsby, England kemudian menegaskan: "Saya yakin ada kehidupan di sana (Marikh)." - Agensi

Sumber: Kosmo


P/S: Mars got king kong????...Heee...

-vinaskme-

Tuesday, February 23, 2010

IMEJ HANTU BUDAK DIRAKAM???

Imej hantu budak dirakam


GAMBAR yang dirakamkan oleh Fores menunjukkan imej seorang budak lelaki (dalam bulatan)di Sekolah Rendah Alaby, Hull Britain.


HULL, England - Seorang pekerja pembinaan, John Fores, 47, terkejut apabila dia mendapati gambar yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya memaparkan imej hantu seorang budak lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mendakwa, imej itu dirakamkan di bangunan Sekolah Rendah Anlaby dekat sini di East Yorkshire yang diruntuhkan untuk tujuan pembinaan semula.

Namun, semasa Fores melihat kembali gambar yang telah dirakamkan itu, dia ternampak bayang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lapan tahun dan memakai topi gelap sedang berdiri memandang ke arah kamera telefon bimbitnya.

"Saya mengambil beberapa gambar selepas waktu tengah hari dan pada waktu itu saya tidak menyedari apa-apa yang aneh.

"Namun, semasa melihat foto tersebut di komputer, saya terpandang imej itu dan bulu roma saya meremang," katanya.

Penjaga sekolah tersebut, Gordon Bradshaw, 54, berkata, bangunan sekolah yang dibina pada 1936 itu mempunyai reputasi sebagai berhantu.

"Saya sudah berada di sini sejak 29 tahun lalu dan ramai budak yang mendakwa mereka pernah ternampak satu lembaga hantu di sekolah ini tetapi saya pula tidak pernah melihatnya," kata Bradshaw. - Agensi

Sumber: Kosmo


P/S: Ermm??...Smart juak hantu barat oo.......Hahaha..Pandey posing gik.

-vinaskme-

Sunday, February 21, 2010

Bukan rupa piring

DALAM tempoh tujuh tahun dari 1994, lebih 6,000 halaman diperlukan untuk merekodkan aduan pengalaman penduduk Britain melihat pesawat makhluk asing atau piring terbang (UFO) di seluruh negara.

KHAYALAN MANUSIA...UFO berbentuk piring menyerang dunia dalam filem Independence Day.
KHAYALAN MANUSIA...UFO berbentuk piring menyerang dunia dalam filem Independence Day.

SEGI TIGA...imej misteri yang dirakam di Kremlin, Russia. SEGI TIGA...imej misteri yang dirakam di Kremlin, Russia. TARIK PERHATIAN...objek asing yang bercahaya dilihat di langit Ullswater berhampiran Penrith di Cumbria kira-kira jam 11 malam. TARIK PERHATIAN...objek asing yang bercahaya dilihat di langit Ullswater berhampiran Penrith di Cumbria kira-kira jam 11 malam. PERSAMAAN...banyak UFO dikatakan berbentuk seperti pesawat pengebom Stealth. PERSAMAAN...banyak UFO dikatakan berbentuk seperti pesawat pengebom Stealth. TIRU...pesawat pengintip Aurora mungkin dianggap UGFO. TIRU...pesawat pengintip Aurora mungkin dianggap UGFO. TIADA PENJELASAN...objek bulat berwarna oren dikesan di ruang udara Merseyside kira-kira jam 10.30 malam pada 25 Mei 2009. TIADA PENJELASAN...objek bulat berwarna oren dikesan di ruang udara Merseyside kira-kira jam 10.30 malam pada 25 Mei 2009.

SEGI TIGA...imej misteri yang dirakam di Kremlin, Russia.
 
Malah, seorang saksi mengadu sakit dan menghadapi masalah kulit selepas satu jalur cahaya menakutkan menyelubungi keretanya di Ebbw Vale, Wales, kira-kira jam 10.40 malam, 29 Januari 1997.

Pengarah rumah mayat itu turut dihantar mendapatkan rawatan doktor atas masalah dialaminya.

Pengalaman itu adalah satu daripada ratusan pengakuan dan aduan diterima polis, tentera dan kerajaan sehingga menguatkan lagi keyakinan orang ramai bahawa makhluk asing memang benar-benar wujud.

Ia terkandung dalam dokumen dikeluarkan kerajaan hasil projek tiga tahun di antara Kementerian Pertahanan dan Arkib Kebangsaan Britain, membabitkan 24 fail berisi mengenai penemuan UFO, surat-menyurat dan soalan di parlimen.
Antara dokumen utama yang didedahkan kali ini adalah pengalaman di hutan Rendlesham yang sering digelar sebagai Roswell Britain.

Turut dimuatkan adalah: l Seorang lelaki baru tiba di rumahnya kira-kira jam 4 pagi pada 20 Mac 1997. Di situ dia ternampak cahaya berbentuk segi tiga terapung-apung di lamannya untuk seketika sebelum memecut ke arah lain dan meninggalkan kesan putih dan halus di atas pokok. Bahan itu kemudian disimpannya dalam balang.

l Anggota polis melihat dan sempat merakam gambar UFO di Lincolnshire sebelum membuat laporan kepada pengawal pantai. Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada kapal yang berlayar di Laut Utara. Seorang anak kapal mengaku melihat beberapa UFO. Pada masa sama, cahaya itu dikesan radar di Boston.

l Seorang ahli majlis tempatan mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri Britain, John Major, untuk menyiasat 600 aduan mengenai UFO di Bonnybridge, Scotland, yang digelar sebagai Bonnybridge Triangle.

l Satu objek bergerak pada kelajuan lebih 1,000 knot dikesan seorang pengawal udara kanan dari menara kawalan di Lapangan Terbang Glasgow Prestwick di Ayrshire pada Februari 1999.

l Seorang juruelektrik melihat objek berbentuk segi tiga terbang di atas sebuah padang. Lakaran mengenai UFO itu turut dimuatkan dalam laporan berkenaan.

l Sepucuk surat daripada pegawai kanan Kementerian Pertahanan, Ralph Noyes, mendakwa melihat rakaman video diambil juruterbang tentera udara pada 1956. Menurut Noyes, rakaman itu ditayangkan dalam perjumpaan rahsia dengan kakitangan tentera udara pada 1970.
Saintis percaya, rekod yang didedahkan itu menunjukkan bagaimana bentuk UFO yang dilihat orang awam berubah sepanjang tempoh separuh abad.

Kata mereka, ia mungkin memberi penjelasan terhadap paparan pelbagai jenis UFO seperti dalam filem atau siri televisyen.

Kebanyakan aduan dalam dokumen terbabit menjelaskan, UFO itu sebagai objek terbang yang besar, hitam dan berbentuk segi tiga dengan dilengkapi lampu pada hujungnya.

Ia berbeza dengan pengakuan pada 1940-an dan 1950-an apabila kebanyakan UFO digambarkan sebagai berbentuk bulat.

Penulis buku The UFO Files dan pensyarah kewartawanan kanan di Universiti Sheffield Hallam, Dr David Clarke, berkata pada 1950-an, orang ramai menjangka kemajuan teknologi mampu menghasilkan pesawat bulat yang berlepas secara menegak.

“Pada masa itu juga orang ramai mendakwa melihat piring terbang di udara,” katanya.

Clarke berkata, dalam tempoh 1990-an dan 2000, pesawat seperti pengebom Amerika Syarikat, Stealth, dan pesawat pengintip Aurora banyak dipaparkan dalam televisyen.

Katanya, siri X Files yang disiarkan di antara 1993 hingga 2002 serta filem Independence Day yang ditayangkan pada 1996 adalah contoh mengenai bentuk serta saiz UFO yang diperkatakan ketika itu.

“Mustahil untuk membuktikan ada pertalian di antara apa yang orang baca dan lihat serta mereka laporkan sebagai UFO.

“Cuma, satu penjelasan yang boleh diberikan adalah, kemajuan teknologi kontemporari mungkin mempengaruhi apa dilihat seseorang di langit,” katanya. — Agensi

Sumber: HarianMetro


P/S: UFO??.....Ermm...

-vinaskme-

 

 

Thursday, February 18, 2010

HANTU ANUGERAH JUARA LAGU KE-24??

Hantu AJL24???

 

  


P/S: Pendapat???.....Hantu pun sik mok lepas peluang tonton Anugerah Juara Lagu secara haram oo hahahaha.....

-vinaskme-

Wednesday, February 17, 2010

IMEJ BERWAJAH REPUT DIRAKAM DALAM RESORT

Imej berwajah reput dirakam dalam resort




KOTA BHARU: Seorang peserta konvoi kenderaan dari bandar ini ke ibu negara terkejut apabila telefon bimbitnya memaparkan imej menakutkan seperti hantu yang dirakam dalam sebuah resort di Kuantan, Pahang ketika berhenti rehat, tiga hari lalu.

Wajah menggerunkan itu dikatakan dirakam secara tidak sengaja oleh Mohd Nasrun Jaafar, 31, ketika dia dan isteri, Wan Nafisah Wan Ismail, 30, menginap di sebuah bilik di resort berkenaan selepas tiba dari bandar ini sebelum meneruskan perjalanan ke ibu negara.

Menurutnya, rakaman itu sebenarnya dilakukan ketika dia cuba bermain-main dengan telefon bimbitnya yang baru dibeli kira-kira sebulan lalu.

Katanya, ketika itu, isterinya sudah nyenyak tidur tetapi dia masih tidak dapat melelapkan mata walaupun badan terasa begitu penat selepas menyertai pelbagai aktiviti program konvoi berkenaan dari jam 8 hingga 10 malam.

“Kira-kira jam 11.30 malam, saya memadamkan lampu bilik dan asyik bermain dengan telefon berkamera sambil cuba merakamkan beberapa imej di sekitar bilik dan secara tidak sengaja merakam gambar di cermin almari dalam bilik berkenaan.

“Selepas itu, saya kemudian tertidur tanpa melihat kembali imej dirakam sebelum bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira jam 2 petang esoknya,” katanya.

Menurutnya, ketika cuba melihat rakaman imej kenangan menggunakan telefon bimbit itu, dia tiba-tiba gementar apabila mendapati ada satu imej seperti seorang lelaki berpakaian wanita yang muncul pada cermin bilik penginapan di resort terbabit.

Katanya, rakaman wajah makhluk itu begitu menggerunkan dengan jelingan mata tajam ditambah dengan keadaan wajah yang seperti sudah reput dan menakutkan.

“Ketika tidur di bilik itu, saya tidak berasa sesuatu yang pelik, cuma sukar melelapkan mata.

“Rakaman imej menakutkan itu kemudian saya tunjukkan kepada rakan lain yang turut terkejut,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Nasrun berkata, imej dirakam itu sukar dipastikan sama ada lelaki atau perempuan, namun jika diteliti makhluk berkenaan seakan mempunyai misai dan bulu kening yang diandam rapi.

“Wajah makhluk itu seperti ada kesan tanah di bahagian muka dan kepala manakala sebahagian badannya dilitupi kain putih seperti kain kapan dan di leher seperti ada kesan dikelar tetapi tidak dapat dipastikan kerana kurang jelas,” katanya.

Sumber: HarianMetro


P/S: Huh....Seram tuuuuu...Hahahah...So,rajin2lah ambik gambar di kawasan yang berpotensi yee..
-vinaskme-

LEMBAGA GANGGU OPERASI IMIGRESEN

Lembaga ganggu operasi imigresen (Walkie-talkie mengilai)

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

HULU TERENGGANU: Sekumpulan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu yang menjalankan operasi membanteras pendatang tanpa izin di kawasan pembalakan dalam air di Sungai Ketiar, Tasik Kenyir di sini, awal pagi semalam, seram sejuk apabila terdengar suara wanita mengilai.

Suara menyeramkan itu hanya didengari daripada satu walkie-talkie sedangkan terdapat beberapa lagi walkie-talkie digunakan pegawai dan anggota terbabit dalam kejadian jam 3.30 pagi.

Berikutan itu, operasi yang bermula jam 11 malam di kawasan berkenaan dibatalkan apabila beberapa pegawai dan anggota menggigil untuk meneruskan tugas.

Ketika itu, mereka sedang menjalankan pemeriksaan dalam kongsi atas air di sungai terbabit.

Pegawai Imigresen, Mohd Rizal Hashim Bakri yang berada bersama kumpulan itu mulanya menyangka suara itu hanya gurauan rakan setugas, namun sangkaannya meleset kerana tidak didengari walkie-talkie lain.

“Walkie-talkie yang dipegang pegawai itu adalah jenis lama yang bergelombang tinggi dan kemungkinan suara hilai lembaga halus boleh menembusinya,” katanya.

Mengulas kejadian terbabit, Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri, Norazman Abd Ghani yang mengetuai operasi membabitkan 40 anggota, termasuk empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri mengakui terlihat satu lembaga dengan jelas.

Selepas ternampak lembaga bermata merah dan berambut panjang di atas pokok kira-kira dua meter dari tempatnya berdiri, katanya, beliau tanpa menceritakan kepada anggota lain segera kembali ke kenderaan kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

Katanya, operasi di kawasan 20 kilometer menghampiri sempadan Kenyir/ Gua Musang, Kelantan itu pertama kali dilakukan.

Beliau berkata, kejadian mistik itu pertama dilaluinya sepanjang bertugas dengan Jabatan Imigresen.

“Sebelum ini, saya tidak percaya cerita mistik, apatah lagi mengenai kewujudan langsuir yang dikatakan hanya khayalan semata-mata, tetapi selepas melihat sendiri wajah ngeri dan hilai lembaga itu, ia memang menakutkan,” katanya.

Dalam operasi sebelum itu, katanya, dua lelaki nekad terjun ke dalam sungai selepas terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, lapan lelaki Thailand yang lena tidur dalam kongsi atas air ditahan kerana tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Mereka dibawa ke Depot Tahanan Imigresen, Ajil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)© Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sumber: HarianMetro

P/S: Seram ya mun ada kat sia time ya....Pahal la Langsuir ya nak nak ngacow sidak imigresen tok o..Kali nya pendatang juak hahahaha..~

-vinaskme-

PANIK DISERANG HISTERIA - SMK TANJUNG LUMPUR

Panik diserang histeria- Pelbagai usaha dilakukan tetapi SMK Tanjung Lumpur belum tenang



BEBERAPA pelajar perempuan masih lemah selepas diserang histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.



KUANTAN - Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini, sering terganggu sejak dua bulan lalu apabila sebahagian daripada pelajarnya mengalami histeria.

Keadaan itu dilihat semakin menjadi-jadi apabila hampir 20 hingga 30 orang pelajar khususnya perempuan di tingkatan tiga ke bawah mengalaminya secara bergilir-gilir setiap hari.

Malah, kejadian itu sudah melarat kepada guru-guru wanita yang turut terkena gangguan histeria ketika bertugas.

Antara tanda-tanda pelik yang ditunjukkan oleh mereka yang mengalami gangguan itu ialah bersikap murung, cepat letih, sakit di bahagian sendi dan meracau-racau sehingga berlarutan ke rumah.

Bapa kepada seorang mangsa, Aziz Basir, 56, khuatir ia boleh menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran apabila mereka takut untuk ke sekolah.

"Saya hampir putus asa untuk merawat anak saya kerana setiap kali berubat secara tradisional, dia akan pulih tetapi sakitnya berulang semula apabila pergi ke sekolah.

"Perangainya juga berubah daripada seorang yang aktif kepada pendiam dan dia juga membuat permintaan pelik seperti ingin tidur di bilik lain sedangkan kebiasaannya tidak begitu," katanya.

Mengimbas kembali bagaimana anaknya boleh terkena histeria, Aziz menyatakan ia bermula ketika sedang mengikuti pelajaran di dalam kelas.

"Anak perempuan saya dan beberapa pelajar lain sudah terkena 'penyakit' ini beberapa kali sejak Mei lalu dan terbaru kena semalam (kelmarin) di dalam kelas.

"Saya diberitahu oleh cikgu, dia meracau-racau dan seakan-akan melihat 'sesuatu' bersama beberapa pelajar perempuan lain sehingga terpaksa dibawa ke bilik rawatan untuk ditenangkan," katanya.

Idrus Sulong, 39, bapa kepada seorang lagi pelajar tingkatan dua yang diganggu menyatakan beliau difahamkan kejadian itu terjadi ekoran pembinaan sebuah bangunan makmal tiga tingkat di tepi sekolah berkenaan.

Sumber: Kosmo

'Saya nampak nenek kebayan'



SEORANG pelajar lelaki diiringi dua guru setelah turut dipercayai diserang histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.



KUANTAN - "Dalam keadaan separuh sedar, saya nampak nenek kebayan tua berbaju kuning dan berkain batik cuba memegang tangan saya."

Begitu cerita Siti Mahirah Samsudin, 14, salah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur ketika mengimbas kembali detik diserang histeria di sekolah itu semalam.

Tambah Siti Mahirah, ketika itu dia merasakan 'bagaikan ada makhluk halus yang menyerap ke badannya.'
Dia lantas terasa pening dan terlihat beberapa makhluk hodoh berwarna hitam bersaiz kecil dan besar bermain di kakinya.

"Nenek kebayan itu pernah memperkenalkan dirinya sebagai orang bunian dan berusia 220 tahun, ketika berada dekat, dia sering menjerit ke telinga saya supaya pergi dari kawasan sekolah ini.

"Selain itu, sebaik sahaja memasuki tubuh, terus saya berasa sakit di beberapa bahagian sendi lalu membongkok seperti sudah tua serta tangan kejang seakanakan memegang tongkat," dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumah datuknya di Bukit Sekilau, di sini semalam.

Pelajar tingkatan dua yang merupakan anak kedua daripada lima beradik ini memberitahu, selain nenek kebayan itu, beliau mendakwa turut dapat melihat ratusan lagi makhluk halus di dalam kelas dan sekeliling sekolah itu ketika diganggu.

"Makhluk halus itu ada pelbagai rupa tetapi kebanyakannya berwarna hitam gelap sehinggakan tak nampak wajah sebenar, mereka juga bukan setakat boleh berjalan malah ada sesetengahnya mampu terbang.

"Antara makhluk paling gerun saya lihat ialah monyet besar yang memiliki tangan panjang sebelah, makhluk berbulu lebat dan kanak-kanak kecil berkulit hitam legam," jelasnya.

Bagaimanapun, apa yang menghairankannya, segala kesakitan itu hilang serta-merta sebaik melepasi pintu pagar sekolah walaupun ada sesetengah kawannya didampingi sehingga pulang ke rumah.








Seorang lagi mangsa, Nurul Fatihah Mohd. Amran, 14, mengakui dia berasa semput dan sesak nafas setiap kali makhluk halus terbabit cuba keluar dari tubuhnya.

"Hari ini (semalam) lebih kurang 30 orang pelajar termasuk saya yang mengalami gangguan makhluk halus ini dan lebih mengerikan, jelmaan makhluk halus terbabit terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi sejak saya terkena Jun lalu.

"Kadang kala memang rasa takut untuk ke sekolah, tetapi saya cekalkan hati untuk meneruskan pelajaran kerana rasa rugi jika tak hadir walaupun menghadapi dugaan ini," ujarnya.



























Gangguan histeria belum reda

KUANTAN - Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulih daripada gangguan misteri apabila para pelajarnya termasuk pelajar lelaki masih mengalami histeria semalam.

Tinjauan Kosmo! dari luar sekolah tersebut mendapati keadaan hiruk-pikuk dengan jeritan beberapa pelajar perempuan sambil cuba ditenangkan oleh guru-guru dan pengamal perubatan tradisional.

Para pelajar yang sedang mengikuti sesi pembelajaran terpaksa keluar dari kelas apabila terdapat pelajar yang diserang histeria secara tiba-tiba sementara guru-guru wanita yang berada di koridor sekolah bagaikan tidak tahu apa perlu dilakukan dan hanya mampu menangis menyaksikan apa yang berlaku.

Difahamkan, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan pegawai kesihatan turut berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah bagi memantau keadaan.

Salah seorang penjaga yang enggan dikenali berkata, semalam merupakan kali pertama seorang pelajar lelaki tingkatan satu terkena gangguan itu ketika berusaha membantu seorang pelajar perempuan yang mengalami gangguan.

"Saya ingatkan tiada apa berlaku pada hari ini (semalam) kerana sejak awal pagi keadaan tenang, tetapi situasi itu berubah selepas pukul 11 pagi yang mana beberapa pelajar mula meracau dan menjerit.

Sumber: Kosmo

Bingung kes pelajar meracau



PENGAMAL perubatan tradisional, Abdullah Bakar berdoa di hadapan SMK Tanjung Lumpur, Kuantan baru-baru ini.



KUANTAN - "Kami masih tidak pasti sama ada ia benar-benar 'histeria' ataupun 'apa' yang sebenarnya."
Demikian kata Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff mengenai masalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur (SMKTL) di sini yang sering meracau pada sesi kelas setiap hari.

Katanya, sepanjang masalah itu bermula sejak 13 Mei lalu, kejadian tersebut hanya berlaku di antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

"Sehingga semalam (kelmarin) sejumlah 33 pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki meracau. Sembilan daripada pelajar perempuan itu pula bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan dua lagi akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Tambah beliau, semua pelajar terbabit yang bakal menduduki PMR dan SPM berkemungkinan akan dipindahkan ke pusat peperiksaan lain sekiranya keadaan masih berlarutan.

"Kita masih mengkaji langkah ini (memindahkan pusat peperiksaan) dan melihat setiap aspek sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin dan semalam mengenai pelajar SMKTL yang meracau diserang histeria sejak dua bulan lalu.

Jelas Abdul Aziz lagi, pihaknya juga mendapati kejadian tersebut berlaku secara berulang-ulang di kalangan pelajar yang sama.

Ujar beliau lagi, perkara tersebut juga sudah dirujuk kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dimaklumkan pelajar-pelajar terbabit tidak mengalami masalah kesihatan.

"Inilah yang membuatkan kami tidak faham dengan apa sebenarnya yang berlaku kepada pelajar-pelajar terbabit.

"Sehingga kini, beberapa pengamal perubatan tradisional telah tampil memberi bantuan, namun keadaan masih berlarutan walaupun menampakkan sedikit reda," jelasnya.

Menurut Abdul Aziz, pihaknya bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan serta pihak sekolah pernah mengadakan solat hajat sebanyak empat kali bermula 23 Mei lalu dan kali terakhir pada 18 Julai bagi mencari penyelesaian.

"Kita juga berharap supaya mana-mana pihak tampil menyelesaikan masalah ini memandangkan pelajar-pelajar terbabit akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi," ujarnya.

Dua jam masalah histeria selesai - Uncle





Syed Abdullah




KUANTAN - "Uncle akan pergi ke sekolah itu untuk tengok keadaan sebenar yang berlaku."

Demikian kata Ketua Pasukan Penyiasat Lokasi Paranormal (PSI), Syed Abdullah Al-Attas atau Uncle ketika diminta mengulas mengenai kejadian histeria di kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur (SMKTL) dekat sini.

Beliau menambah, kejadian histeria yang menyerang pelajar di sekolah itu boleh diselesaikan dalam masa hanya dua jam.

"Itu histeria, tak ada kaitan dengan makhluk halus, ia boleh diselesaikan dalam masa dua jam sahaja, insya-Allah dengan izin Allah," katanya semasa dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Katanya lagi, beliau sedia untuk ke SMKTL selepas tidak ada lagi pengamal perubatan tradisional yang berjaya menamatkan siri histeria di sekolah itu.

"Biar semua pengamal perubatan tradisional mencuba dahulu. Sekira- nya tiada yang berjaya, baru Uncle akan pergi tengok tempat itu dan buat apa yang patut," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff meminta pihak-pihak yang berkebolehan menyelesaikan masalah tersebut tampil bagi menghulur bantuan memandangkan pelajar sekolah terbabit bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Sehingga kini, Kosmo! Ahad difahamkan, sudah ada tiga pengamal perubatan tradisional mencuba untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun masih berlarutan.

Berdasarkan pengalaman yang diceritakan mangsa seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam, Uncle berkata, ia mungkin ilusi sehingga pelajar terbabit terlihat seorang wanita tua yang disebut sebagai nenek kebayan serta beberapa lagi makhluk lain yang aneh dan hodoh.

Sumber: Kosmo

'Datuk' bantu atasi kejadian histeria



PEMBINAAN blok baru sekolah ini didakwa sesetengah pihak sebagai punca kejadian histeria yang mengganggu guru dan pelajar sekolah tersebut.



KUANTAN - Seorang pengamal perubatan tradisional terkenal di negeri ini dijangka membantu mengatasi masalah serangan histeria yang membelenggu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, pengamal perubatan tradisional terkenal dari Kuala Lipis itu dan terkenal dengan panggilan 'Datuk' itu telah menyatakan persetujuan untuk membantu.

"Ini satu ikhtiar kita untuk memulihkan semula SMK Tanjung Lumpur,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Akhbar kelmarin melaporkan SMK Tanjung Lumpur diselubungi misteri apabila sebilangan pelajar perempuannya dan guru wanita diserang histeria hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.

Mengulas lanjut, Wan Adnan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri berkata, pengamal perubatan tradisional tersebut dikatakan berjaya menangani masalah yang sama di sebuah sekolah di Kuala Lipis tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada pembinaan bangunan tambahan di atas tapak baru yang bersemak-samun di luar pagar sekolah.

Ia sejajar dengan pandangan beberapa penduduk yang mendakwa pelajar dan guru mula diserang histeria selepas kawasan semak belakang sekolah itu diratakan untuk projek berkenaan.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, suasana di tapak projek bangunan tiga tingkat yang akan menempatkan makmal sains itu sunyi sepi berikutan cuti umum semalam.

Sumber: Kosmo

Pelajar histeria dipindah - Gangguan makin serius, 15 lagi menjerit-jerit



ORANG ramai mengaminkan doa memohon kerahmatan dan keberkatan Allah agar masalah histeria di SMK Tanjung Lumpur itu berakhir.



KUANTAN - Seramai 36 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur yang mengalami histeria baru-baru ini akan dipindahkan ke sekolah berdekatan iaitu SMK Sungai Soi dalam masa terdekat bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran dengan selesa.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, kesemua pelajar terbabit akan dipindahkan dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

"Tujuan kita (pindahkan pelajar) adalah supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran masing-masing," katanya semalam.

Dalam pada itu gangguan histeria di sekolah itu semakin buruk apabila 15 lagi pelajar perempuan menjerit-jerit dalam keadaan tidak sedar diri pagi semalam.


ZAINUREN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Pengetua SMK Tanjung Lumpur, Abdul Khalil Sham sambil disertai warga sekolah itu di Kuantan semalam.



Seramai 14 daripada mereka merupakan mangsa berulang, manakala seorang lagi mangsa terbaru menjadikan kesemuanya 36 orang diganggu kejadian misteri yang menyelubungi sekolah tersebut lebih dua bulan lalu.

Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan, Zainuren Mohd. Nor mengesahkan kejadian itu ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Permuafakatan Pendidikan bagi menyelesaikan masalah tersebut di sekolah berkenaan petang semalam.

"Kejadian hari ini (semalam) membabitkan 14 murid perempuan yang merupakan mangsa berulang, manakala seorang lagi mangsa terbaru dan menjadikan jumlah semua yang terkena histeria setakat ini ialah 36 orang," katanya.

Menurutnya, gangguan itu berlaku di antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari sebagaimana kejadian-kejadian sebelum ini.

Sumber: Kosmo

Histeria: 36 pelajar diberi cuti 7 hari



NURUL SYAZRI NATASYA (kiri) dan sepupunya Nur Hayati Hamzah mengulang kaji pelajaran di rumah datuknya di Kampung Anak Air, Mukim Kuala, Kuantan semalam.



KUANTAN - Semua pelajar yang pernah diserang histeria diberi cuti selama tujuh hari bermula semalam.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Abdul Khalil Sham berkata, semua pelajar terbabit diberi cuti oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Pelajar terbabit seramai 36 orang diberi cuti supaya tidak menjejaskan kesihatan mereka," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu, masih terdapat empat murid diserang histeria sebaik sahaja majlis bacaan surah Yasin selesai pada pukul 8.10 pagi semalam.

"Selalunya pelajar terkena histeria pada waktu rehat, tapi sekarang jadi lebih awal. Pihak sekolah dengan cepat menghantar murid yang pernah terkena histeria itu pulang ke rumah supaya tidak diserang sekali lagi pagi tadi (semalam)," ujarnya.

Sementara itu, menurut pelajar, Nurul Syazri Natasya, 13, beliau juga hampir diserang gangguan pada awal pagi semalam di sekolah terbabit sebelum dibawa pulang.

"Semasa saya kena bulan lepas, saya nampak nenek tua berbaju kuning yang wajahnya seperti berusia 200 tahun duduk di atas belakang kawan saya. Kawan saya yang juga 'terkena' rasuk itu pun membongkok disebabkan itu. Selang beberapa minit selepas itu, saya pula terkena.

"Esoknya pula semasa sedang baca surah Yasin dengan cikgu ketika kawan-kawan lain kena histeria, ada 'benda' dengan bentuk badannya seperti manusia tapi gelap, berwajah hodoh bengis dan besar datang duduk atas bahu saya dan jerit di telinga supaya berhenti baca surah Yasin. Selepas itu, sekali lagi saya rasa macam dirasuk.

"Pagi tadi (semalam) pun, saya ada ternampak 'benda-benda' yang saya pernah tengok sebelum ini. Selepas cikgu tengok keadaan saya yang semakin pelik, cikgu terus bawa saya pulang ke rumah," katanya yang pernah diserang histeria sebanyak tujuh kali sejak Mei lalu.

Sumber: Kosmo

Makhluk halus 'dibawa' naik bas



PELAJAR-PELAJAR SMK Tanjung Lumpur, Kuantan ceria kerana tiada lagi kejadian histeria dilaporkan di sekolah itu semalam.



KUANTAN - Makhluk halus yang dipercayai menjadi punca gangguan histeria di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur dekat sini akan 'dipindahkan' dengan menggunakan sebuah bas hari ini.

Menurut Pengetua SMK Tanjung Lumpur, Abdul Khalil Sham, beliau dimaklumkan upacara pemindahan itu akan dilakukan oleh seorang pengamal perubatan tradisional.

"Tapi saya tidak diberitahu siapa akan buat kerja 'pemindahan' esok (hari ini). Pihak sekolah hanya memberi peluang kepada mana-mana pihak yang ikhlas membantu sahaja," katanya semasa ditemui di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan masalah yang dihadapi oleh sekolah itu apabila 36 pelajarnya termasuk seorang lelaki didapati mengalami histeria sehingga menimbulkan kebimbangan warga sekolah dan ibu bapa mereka.

Menurut Abdul Khalil, kerja- kerja 'pemindahan' itu dilakukan selepas pihak sekolah bersama Jabatan Pelajaran Pahang, Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, Yayasan Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, ibu bapa serta penduduk sekitar mengadakan majlis solat hajat yang bermula Isnin lalu berakhir kelmarin.

Mengenai perkembangan terkini pula beliau berkata, hingga semalam tiada lagi kejadian histeria sejak semua pelajar yang pernah mengalami gangguan itu diberi cuti bermula Selasa lalu.

"Keadaan sekolah kembali tenang. Pagi tadi pun (semalam) kita adakan majlis solat hajat besar-besaran bersama pelajar dan tiada kejadian terbaru," katanya.

Sementara itu, pelajar tingkatan lima, Rodiah Mamat, 17, (gambar kecil) berkata, keadaan sekolah yang diselubungi kejadian misteri lebih dua bulan lalu kini semakin tenang.

Tinjauan di sekolah tersebut semalam mendapati, pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah melalui pintu hadapan atas nasihat pengamal perubatan tradisional yang akan melakukan upacara tersebut hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru sekolah tersebut, Omar Senik berkata, pengamal perubatan tradisional dari Kuala Lipis yang dikenali dengan panggilan 'Datuk' hanya akan melakukan upacara 'pembersihan' kawasan sekolah itu apabila ikhtiar hari ini tidak berhasil.

Sumber: Kosmo


Pindah ikut jalan belakang - ‘Makhluk halus’ punca histeria sekolah dipindah guna van



SAHABUDIN membawa bungkusan biru yang dikatakan umpan makhluk halus sambil berjalan keluar ikut pintu belakang SMK Tanjung Lumpur semalam.



KUANTAN - Tindakannya mungkin tidak dipercayai ramai, tetapi kepada Sahabudin Shamsudin atau Pak Din, bungkusan plastik yang dibawa keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, di sini semalam adalah penamat kepada kejadian histeria yang dialami guru dan pelajar di situ sejak Mei lalu.

Pengamal perubatan tradisional itu merahsiakan isi bungkusan dalam beg plastik biru itu tetapi yakin matlamatnya sebagai umpan untuk membawa keluar apa yang dianggap sesetengah pihak sebagai makhluk halus, sudah berjaya dilaksanakan.

Malah, ia dilakukan dalam diam sehingga pihak sekolah dan media yang menunggu proses pemindahan itu sejak awal pagi, tidak menyedari kehadiran beliau.

Ini kerana mereka tidak menggunakan bas seperti yang dilaporkan semalam, semuanya gara-gara pemandu kenderaan itu tidak berani melakukannya.

Akibatnya, Pak Din terpaksa mendapatkan khidmat seorang rakan untuk memindahkan makhluk halus itu dengan van yang dinaiki mereka berdua ke satu lokasi rahsia kira-kira 20 kilometer dari situ.

Tambah beliau lagi, makhluk halus yang dipindahkan itu sebenarnya 'satu keluarga' yang didakwa mengikutnya keluar dari pintu belakang sekolah berkenaan untuk dipindahkan.

"Mereka terdiri daripada 14 'dewasa' dan tujuh 'kanak-kanak', saiznya macam kita," dakwa beliau ketika ditemui selepas proses pemindahan itu selesai semalam.

Pak Din menambah, pemindahan tersebut terpaksa dibuat dalam diam bagi mengelak ia menjadi tumpuan ramai dan mencetuskan gangguan.

Menceritakan detik pemindahan itu, Pak Din yang sudah mengendalikan tugas seumpama itu di beberapa negeri berkata, sewaktu perjalanan, van itu terasa membawa muatan yang sangat berat.

"Kalau tak silap saya, van itu hanya dapat dipandu tak sampai 30 kilometer sejam sebab berat macam bawa 23 orang tetapi yang nampak hanya saya dan pemandu," katanya.

Sumber: Kosmo

35 mangsa histeria pindah sekolah



GURU ini memerhati pelajar perempuan yang diserang histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan kelmarin.



KUANTAN - Semua 35 mangsa histeria yang kembali bersekolah semula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini semalam akan dipindahkan ke sekolah lain selepas mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, perkara itu telah dibincangkan antara Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan ibu bapa pelajar terbabit dalam satu mesyuarat di sekolah berkenaan semalam.

"Keputusan untuk menukar pelajar ke sekolah lain adalah atas budi bicara ibu bapa sendiri. Kita tidak paksa jika ibu bapa tidak bersetuju," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! mengenai 35 pelajar SMK Tanjung Lumpur yang diserang histeria sejak 13 Mei lalu kembali bersekolah di sekolah sama sejak kelmarin.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah, kesemua 12 pelajar yang menjalani rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini beransur pulih tetapi masih dipantau oleh pihak berkenaan.

Sumber: Kosmo


P/S: Macam2......Jaik na momok ya hahaha...Pendapat??

-vinaskme-