THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 17, 2010

ANGKASAWAN AS AKUI MAKHLUK ASING WUJUD

Angkasawan AS akui makhluk asing wujud





LONDON - Makhluk asing pernah menghubungi manusia beberapa kali tetapi pihak kerajaan menyembunyikan kebenaran selama 60 tahun, kata lelaki keenam yang berjaya berjalan di bulan, Dr. Edgar Mitchell (gambar).

Dr. Edgar yang merupakan angkasawan kapal angkasa Apollo 14, mendakwa mengetahui bahawa banyak objek terbang tanpa dikenali (UFO) melawat Bumi ketika beliau berkhidmat sebagai angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) tetapi maklumat itu disembunyikan.

Menurut laporan akhbar semalam, beliau membuat dakwaan itu ketika ditemu ramah oleh sebuah stesen radio.

Dr. Edgar berkata, sumber-sumber di agensi angkasa yang mempunyai hubungan dengan makhluk asing menggambarkan makhluk asing itu adalah manusia kecil dan kelihatan ganjil berbanding manusia.

Beliau mendakwa, teknologi manusia tidak secanggih makhluk asing dengan menganggap mereka mempunyai mata dan kepala besar.

Dr. Edgar bersama komander Apollo 14, Alan Shepard memegang rekod sebagai manusia paling lama berjalan di Bulan iaitu selama sembilan jam dan 17 minit pada 1971.

Menurutnya, maklumat berhubung mahkluk asing itu disembunyikan selama 60 tahun tetapi ia kini beransur-ansur dibocorkan dan sebahagian pihak diberikan keistimewaan untuk mendapat penerangan ringkas mengenainya. - Agensi

Sumber: Kosmo


P/S: Wow.....We were not alone in this universe...Iszit??

-vinaskme-

GEMPAR TERJUMPA TAPAK KAKI RAKSASA (DARO,SARAWAK)

Gempar terjumpa tapak raksasa


TAPAK raksasa yang ditemui di Daro, Sarawak kelmarin. Penyodok di sebelah adalah sebagai perbandingan dengan saiz tapak itu.


SIBU – Penduduk sebuah kampung di Daro dekat Mukah di sini gempar dengan penemuan kesan satu tapak kaki didakwa milik raksasa berhampiran satu dusun pada Isnin lepas.

Akhbar The Borneo Post semalam memetik ahli perniagaan tempatan, Tan Soon Kuang, sebagai berkata, bahawa beliau melihat kesan tapak kaki itu yang berukuran 1.1 meter panjang dan setengah meter lebar.

“Ia begitu besar berbanding manusia biasa, saya melihat orang kampung menunjukkan pelbagai reaksi, ada yang takut dan sebaliknya,” katanya.

Beberapa penduduk kampung giat membersihkan laluan pejalan kaki yang menuju ke kawasan kesan tapak kaki itu kerana menjangka kawasan itu akan menjadi tumpuan pelawat hujung minggu ini.

Seorang kakitangan kerajaan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia juga pernah melihat kesan tapak kaki itu tetapi sukar untuk membuktikan kesahihannya kerana tiada kajian saintifik mengenainya.

Menurutnya, pada masa dahulu tempat itu pernah digunakan oleh individu tertentu sebagai tempat pertapaan atau untuk upacara keagamaan. – Bernama

Sumber: Kosmo


P/S: Ya baruk besa tapak kaki, bigfoot ka giant towk??....Tapak kaki bigffot luar negara pun sik besar camtok haha....Yes!Sarawak ada King Kong!Lol!~

-vinaskme-

Tuesday, February 16, 2010

HANTU WANITA DI ISTANA BERHANTU(ARTIKEL)

Hantu wanita di istana berhantu









GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.






ABERGELE, Wales – Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales.

Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah.

Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya.

“Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan-akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kata Horkin

Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu.
Istana itu dibina pada tahun 1819. – Agensi

Sumber: Kosmo


P/S: Wiwiiit!!Hahaha...Cantik juak hantu ya kan??


Imej hantu mungkin roh isteri bangsawan



GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan imej hantu (kanan) di Istana Gwrych, Wales yang dipercayai roh Winifred (kiri).



ABERGELE, Wales - Gambar hantu yang dirakam pemilik sebuah syarikat, Kevin Horkin di tingkap sebuah istana terbiar di sini mungkin roh seorang bangsawan, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar itu yang menghubungi pakar-pakar melaporkan, imej wanita tersebut mungkin roh Winifred iaitu isteri kepada pembesar Earl of Dundonald yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Wanita itu mewarisi Istana Gwrych pada 1894 yang dikatakan sebagai salah satu tapak paling berhantu di United Kingdom.

Penduduk tempatan di Abergele, utara Wales percaya wanita itu bergaduh dengan penjaga istana berkenaan, Bill Price dan mengganggunya selepas dia meninggal dunia pada tahun 1924.

Price akan mengunci perpustakaan pada waktu malam di istana itu pada waktu malam tetapi pada keesokan harinya, dia mendapati terdapat barang yang telah dialih secara misteri.

Seorang penulis kisah hantu, Mark Baker memberitahu bahawa hubungan Price dan Winifred tidak begitu baik.

"Mungkin masalah itu berterusan sehingga mereka mati," kata Baker.

Namun, bekas jurugambar, Harry Moffitt, 76, percaya bahawa hantu itu ialah orang gaji yang mati akibat terjatuh dari kuda.

Moffitt mendakwa dia ternampak hantu yang sama semasa mengunjungi istana itu 60 tahun lalu. - Agensi

Sumber: Kosmo


P/S: Huhuu....Dasyat..Pendapat?

-vinaskme-