Bukan rupa piring
DALAM tempoh tujuh tahun dari 1994, lebih 6,000 halaman diperlukan untuk merekodkan aduan pengalaman penduduk Britain melihat pesawat makhluk asing atau piring terbang (UFO) di seluruh negara.KHAYALAN MANUSIA...UFO berbentuk piring menyerang dunia dalam filem Independence Day.
SEGI TIGA...imej misteri yang dirakam di Kremlin, Russia.
Pengarah rumah mayat itu turut dihantar mendapatkan rawatan doktor atas masalah dialaminya.
Pengalaman itu adalah satu daripada ratusan pengakuan dan aduan diterima polis, tentera dan kerajaan sehingga menguatkan lagi keyakinan orang ramai bahawa makhluk asing memang benar-benar wujud.
Ia terkandung dalam dokumen dikeluarkan kerajaan hasil projek tiga tahun di antara Kementerian Pertahanan dan Arkib Kebangsaan Britain, membabitkan 24 fail berisi mengenai penemuan UFO, surat-menyurat dan soalan di parlimen.
Antara dokumen utama yang didedahkan kali ini adalah pengalaman di hutan Rendlesham yang sering digelar sebagai Roswell Britain.
Turut dimuatkan adalah: l Seorang lelaki baru tiba di rumahnya kira-kira jam 4 pagi pada 20 Mac 1997. Di situ dia ternampak cahaya berbentuk segi tiga terapung-apung di lamannya untuk seketika sebelum memecut ke arah lain dan meninggalkan kesan putih dan halus di atas pokok. Bahan itu kemudian disimpannya dalam balang.
l Anggota polis melihat dan sempat merakam gambar UFO di Lincolnshire sebelum membuat laporan kepada pengawal pantai. Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada kapal yang berlayar di Laut Utara. Seorang anak kapal mengaku melihat beberapa UFO. Pada masa sama, cahaya itu dikesan radar di Boston.
l Seorang ahli majlis tempatan mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri Britain, John Major, untuk menyiasat 600 aduan mengenai UFO di Bonnybridge, Scotland, yang digelar sebagai Bonnybridge Triangle.
l Satu objek bergerak pada kelajuan lebih 1,000 knot dikesan seorang pengawal udara kanan dari menara kawalan di Lapangan Terbang Glasgow Prestwick di Ayrshire pada Februari 1999.
l Seorang juruelektrik melihat objek berbentuk segi tiga terbang di atas sebuah padang. Lakaran mengenai UFO itu turut dimuatkan dalam laporan berkenaan.
l Sepucuk surat daripada pegawai kanan Kementerian Pertahanan, Ralph Noyes, mendakwa melihat rakaman video diambil juruterbang tentera udara pada 1956. Menurut Noyes, rakaman itu ditayangkan dalam perjumpaan rahsia dengan kakitangan tentera udara pada 1970.
Saintis percaya, rekod yang didedahkan itu menunjukkan bagaimana bentuk UFO yang dilihat orang awam berubah sepanjang tempoh separuh abad.
Kata mereka, ia mungkin memberi penjelasan terhadap paparan pelbagai jenis UFO seperti dalam filem atau siri televisyen.
Kebanyakan aduan dalam dokumen terbabit menjelaskan, UFO itu sebagai objek terbang yang besar, hitam dan berbentuk segi tiga dengan dilengkapi lampu pada hujungnya.
Ia berbeza dengan pengakuan pada 1940-an dan 1950-an apabila kebanyakan UFO digambarkan sebagai berbentuk bulat.
Penulis buku The UFO Files dan pensyarah kewartawanan kanan di Universiti Sheffield Hallam, Dr David Clarke, berkata pada 1950-an, orang ramai menjangka kemajuan teknologi mampu menghasilkan pesawat bulat yang berlepas secara menegak.
“Pada masa itu juga orang ramai mendakwa melihat piring terbang di udara,” katanya.
Clarke berkata, dalam tempoh 1990-an dan 2000, pesawat seperti pengebom Amerika Syarikat, Stealth, dan pesawat pengintip Aurora banyak dipaparkan dalam televisyen.
Katanya, siri X Files yang disiarkan di antara 1993 hingga 2002 serta filem Independence Day yang ditayangkan pada 1996 adalah contoh mengenai bentuk serta saiz UFO yang diperkatakan ketika itu.
“Mustahil untuk membuktikan ada pertalian di antara apa yang orang baca dan lihat serta mereka laporkan sebagai UFO.
“Cuma, satu penjelasan yang boleh diberikan adalah, kemajuan teknologi kontemporari mungkin mempengaruhi apa dilihat seseorang di langit,” katanya. — Agensi
Sumber: HarianMetro
P/S: UFO??.....Ermm...
0 comments:
Post a Comment