Gempar terjumpa tapak raksasa
TAPAK raksasa yang ditemui di Daro, Sarawak kelmarin. Penyodok di sebelah adalah sebagai perbandingan dengan saiz tapak itu.
SIBU – Penduduk sebuah kampung di Daro dekat Mukah di sini gempar dengan penemuan kesan satu tapak kaki didakwa milik raksasa berhampiran satu dusun pada Isnin lepas.
Akhbar The Borneo Post semalam memetik ahli perniagaan tempatan, Tan Soon Kuang, sebagai berkata, bahawa beliau melihat kesan tapak kaki itu yang berukuran 1.1 meter panjang dan setengah meter lebar.
“Ia begitu besar berbanding manusia biasa, saya melihat orang kampung menunjukkan pelbagai reaksi, ada yang takut dan sebaliknya,” katanya.
Beberapa penduduk kampung giat membersihkan laluan pejalan kaki yang menuju ke kawasan kesan tapak kaki itu kerana menjangka kawasan itu akan menjadi tumpuan pelawat hujung minggu ini.
Seorang kakitangan kerajaan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia juga pernah melihat kesan tapak kaki itu tetapi sukar untuk membuktikan kesahihannya kerana tiada kajian saintifik mengenainya.
Menurutnya, pada masa dahulu tempat itu pernah digunakan oleh individu tertentu sebagai tempat pertapaan atau untuk upacara keagamaan. – Bernama
Sumber: Kosmo
P/S: Ya baruk besa tapak kaki, bigfoot ka giant towk??....Tapak kaki bigffot luar negara pun sik besar camtok haha....Yes!Sarawak ada King Kong!Lol!~
1 comments:
assalamualaikum...
bekas telapak kaki bigfoot
satu petunjuk mengenai NABI MUHAMMAD S.A.W.
berita mengenai bekas kaki bigfoot ni,tersebar luas di Malaysia ni...
sebenarnya Allah SWT sayangkan kita warga Daro, itulah sebabnya mengapa ia diturunkan... di daerah Daro... supaya kita sentiasa mengingati baginda Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam itu...
Ya Allah Ya Tuhanku,
sesungguhnya, aku meminta untuk dipermudahkan urusan untuk aku transfer ke kampung halaman ku...
Aamin ya Rabbal Alamin
Post a Comment